Rahsia ilmu kemutan faraj
Kemutan faraj yang berkesan akan memberikan kenikmatan yang tiada terhingga semasa melakukan jimak. Ia dapat dinikmati bukan sahaja oleh suami malah juga oleh isteri. Boleh di katakan semua wanita tahu apa itu kemutan faraj dan boleh mengemut, namun kemutan yang tiada terlatih mengikut cara yang betul tidak bertenaga dan kurang punyai kesan yang dinyatakan di atas.
Di benua Afrika, ada satu kaum di mana para wanita yang telah pun berkahwin melatih anak-anak dara yang bakal pengantin akan cara-cara mengemut. Ia satu ilmu yang mempertingkatkan daya kemutan otot-otot faraj agar boleh dikecutkan dan mencerut batang dan kepala zakar suami dan menolong agar suami lebih lambat memancutkan mani lebih sayang kepada isteri kerana pandai dalam memuaskannya menerusi cara kemutan.
Latihan mengemut faraj ini dilakukan secara sedar, iaitu dengan berlatih 20 kali kemutan setiap hari, selama sebulan penuh.
1. Latihan Kemutan Luar.Ia adalah kemutan otot yang dipanggil Bulbo Cavernosus. Otot ini terletak di kiri serta kanan liang faraj. Bila ia menguncup, maka lubang faraj akan terpicit dan hampir menutupnya. Otot ini berfungsi sama seperti bibir apabila hendak bersiul. Bulbo Cavernosus adalah otot pertama yang hendak dihidupkan menerusi latihan ini. Ia juga dipanggil Otot pengemut Faraj. Latihan ini juga akan menghidupkan otot kedua Pengemut Saluran Kencing.Cara yang perlu dilakukan ialah, cuba tumpukan perhatian seolah-olah mahu menahan kencing, iaitu dengan menarik otot punggung ke dalam. Latihan ini diulang 20 kali sekurang-kurangnya dengan sedaya upaya dan penuh konsentrasi.
2. Latihan Kemutan Dalam.Latihan ini melibatkan 3 otot utama iaitu otot Pubococcygeus, Olliococcygeus dan Puborectalis. Ia bermula dari dubur ke kawasan ari-ari dan mengelilingi kawasan faraj. Bila otot ini mencerut, ia menarik sama dinding-dinding faraj dan memicit zakar. Kumpulan otot ini adalah kuat dapat memberikan keseronokan jika digunakan dengan betul.Caranya ialah lakukanlah seolah-olah mahu menahan dan mahu memasukkan semula tahi ke dalam dubur. Ulangi 20 kali dan buatlah setiap hari selama beberapa minggu. Suami digalakkan mengajar ilmu ini kepada isteri kerana faedahnya besar untuk kebahagiaan rumah tangga. Bincangkan perkara ini kepada isteri agar dia mengetahui dan mempraktikkannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan